HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Mei 2017


PAKEJ KHAS BULAN RAMADHAN - 2017


Seperti tahun-tahun lalu, apabila tiba bulan Ramadhan Homestay JKKK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar akan menawarkan PAKEJ KHAS BULAN RAMADHAN dengan tujuan memberi peluang kepada para pelawat membeli kuih muih terus dari pengusahanya terdiri dari penduduk kampung Sungai Haji Dorani dan sekitarnya.

Pakej sehari ini ( Mulai jam 10 pagi hingga jam 4.30 petang ) menawarkan bayaran hanya sebanyak RM 20 seorang , di mana pelawat akan dibawa ke tempat-tempat perusahaan membuat berbagai kuih muih , kerepek dan biskut, Nata De Coco, kuih sejuk beku dan kulit lembu proses .

Pelawat juga boleh membeli belah pakaian , kain baju dan perhiasan Hari Raya yang dikenali ramai sebagai harga lebih murah dari tempat lain, di sekitar Pekan Sungai Besar.

Selain itu , Insya Allah pelawat akan dibekalkan makanan juadah  bagi kemudahan berbuka puasa dalam perjalanan pulang.

Pertanyaan dan tempahan lawatan sila hubungi talian 019-911 4470 ( Penyelia Homestay JKKK - Ustaz Haji Ab.Jalil )

SELAMAT MENYAMBUT
BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
 


Ahad, 26 Mac 2017


PAKEJ AKTIVITI KELUARGA
( Pakej Baru ! )


Atas permintaan ramai, HOMESTAY JKKK telah melancarkan sebuah pakej baru dikenali sebagai  PAKEJ AKTIVITI KELUARGA ,  mulai awal bulan Mac 2017 lalu.

1. TUJUAN : Memberi peluang kepada para pelawat yang menyewa rumah Homestay JKKK Kampong Sungai Haji Dorani  ATAU  mereka yang datang kerana urusan peribadi bersama keluarga, seperti menghadhiri majlis kenduri kendara , membeli belah hasil keluaran IKS Kampung Sungai Haji Dorani atau lainnya. turut serta dalam aktiviti-aktiviti seperti disediaka kepada pelawat pakej lawatan.

2. BILANGAN PESERTA : Minima penyertaan seramai (5 ) orang  ( dewasa atau kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas ) serta tiada had bilangan maksima.

3. BAYARAN PAKEJ : Seorang peserta dikenakan bayaran RM 10 ( Ringgit Malaysia : sepuluh Sahaja ), untuk mengikuti semua aktiviti  ditawarkan , termasuk minuman semasa aktiviti.

4. AKTIVITI YANG DITAWARKAN: Peserta pakej berpeluang melakukan aktiviti yang sama dengan pelawat-pelawat yang datang melalui pakej lawatan biasa. Iaitu  naik sampan, naik rakit, memancing ikan, melawat kampung menaiki mini trektor dan mencari remis di pantai Laut Selat Melaka. Setiap aktiviti turut diawasi oleh petugas HOMESTAY JKKK.

5. WAKTU AKTIVITI : ( A ) . Waktu pagi : Mulai jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. ( B ). Waktu petang : Mulai jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang.

6. TEMPAHAN :  Dilakukan  ( 3 )  hari sebelum tarikh datang membuat aktiviti ( ATAU )  Semasa datang ke rumah penginapan HOMESTAY JKKK.

( Sila hubungi telefon / SMS nombor 019-911 4470 . Tempahan melalui whatsapp TIDAK DIGALAKKAN bagi mengelakkan tempahan ' terlepas pandang ' ).
                                                                   
7. BAYARAN : Secara tunai semasa datang membuat aktiviti  ( ATAU ) melalui bank nombor: 12056 02 0074475 ( Bank Islam ). Slip bayaran perlu ditulis nama penuh dan tarikh akhtiviti kemudian di whatsapp kepada nombor 019-911 4470 sebagai bokti pembayaran bank.



Rabu, 8 Jun 2016


RISALAH HOMESTAY JKKK
SUNGAI HAJI DORANI, SUNGAI BESAR

* Sila ' KLIK ' pada foto berkenaan untuk paparan lebih jelas.






Selasa, 9 Februari 2016



SOALAN LAZIM 
KEPADA HOMESTAY JKKK


Apakah pakej yang ditawarkan oleh Homestay JKKK kepada pelawat ?
- Pakej-pakej ditawarkan boleh dilihat pada halaman ' Jenis pakej Homestay JKKK ' dan
  anda KLIK  sahaja nama pakej tersebut untuk mendapatkan jawapan lanjut.

Bolehkah pelawat terdiri dari kumpulan keluarga sahaja menyertai aktiviti ditawarkan ?
- Boleh. Mereka perlu membuat tempahan rumah penginapan Homestay JKKK
  mengikut jenis rumah dan lokasinya lebih dahulu . Kemudian untuk menyertai aktiviti
  akan dikenakan bayaran berasingan

Bolehkah pelawat membuat pindaan aktiviti Homestay JKKK yang ditawarkan ?.
- Boleh. Tetapi perlu membuat rundingan lebih dahulu dengan pihak Homestay JKKK.

Adakah Homestay JKKK menyediakan pengangkutan melawat perusahaan IKS ?
- Tidak ada disediakan. Pengangkutan untuk tujuan itu perlu menggunakan kenderaan
   pelawat ( bas ) sendiri.

Adakah Homestay JKKK menyediakan ' pemandu pelancong ' semasa lawatan ?
- Homestay JKKK ada menyediakan petugas-petugas khas semasa lawatan dan juga
  sepanjang aktiviti diadakan.

Di mana lokasi rumah penginapan Homestay JKKK dan adakah ianya berjauhan ?
- Lokasi rumah penginapan Homestay JKKK ada di kawasan sawah padi, kebun
  kelapa dan ladang mangga ( mempelam ).

Adakah pelawat yang bermalam ditempatkan bersama keluarga angkat ?.
- Tidak. Pelawat yang bermalam sebahagiannya di rumah ' Homestay Pusat ' ( tidak bersama tuan punya rumah - rumah kosong )  dan sebahagian di tempatkan di rumah bahagian atas secara berasingan dengan tuan punya rumah.
Apakah cara paling mudah untuk membuat bayaran pakej lawatan ?
- Melalui bayaran di Bank Islam, May Bank atau Bank Rakyat. Nombor akaun berkenaan
  ada disediakan pada halaman berkaitan.

Berapa ramai jumlah pelawat boleh diterima oleh Homestay JKKK ?.
- Bilangan maksima untuk lawatan tidak bermalam ( lawatan sehari ) ialah 120 orang
  ( 3 bas ). Bagi lawatan bermalam ( 2 hari 1 malam dll ) ialah 80 orang ( 2 bas )
  
Adakah Homestay JKKK mempunyai kemudahan aktiviti untuk pelawat ?
- Homestay JKKK mempunyai kemudahan dewan ( balai raya ) , padang permainan ,
  alatan sukaneka/ permainan tradisional , PA sistem / LCD dan peralatan BBQ.

Adakah kemudahan kedai makan berhampiran rumah penginapan Homestay JKKK ?
- Kedai-kedai makan ada berhampiran dengan rumah penginapan Homestay JKKK
  untuk minum / sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Selain itu ada kedai barang
  runcit dan stesyen minyak PETRONAS.
  
        Apakah bandar/ pekan paling hampir dengan Homestay JKKK  ?
          - Bandar / pekan paling hampir ialah Sungai Besar, jauhnya kira-kira 05 km .

          Bolehkah pelawat datang membuat tinjauan awal ke Homestay JKKK ?.
          - Homestay JKKK sentiasa mengalu2kan kedatangan pelawat untuk membuat tinjauan
          awal sebelum tarikh lawatan; supaya tidak berlaku sebarang masalah, terutama 
          untuk lokasi semasa ketibaan nanti. 

        Adakah perlu meminta kebenaran jika ada pihak ingin mengambil gambar bagi   
        tujuan penggambaran  drama / filem ?.
        - Tidak perlu meminta kebenaran. Kecuali jika melibatkan pihak individu penduduk atau aset
           Homestay JKKK. Walau bagaimanapun adalah lebih baik memberitahu pihak Homestay,
           JKKK supaya lebih mendapat kerjasama dan mengelakkan kekeliruan

          

     (*)  LAIN-LAIN PERTANYAAN BOLEH DIMAJUKAN MELALUI TALIAN 019-911 4470 ( PENYELIA
               HOMESTAY JKKK.



Rabu, 15 April 2015

JENIS PAKEJ HOMESTAY JKKK


(*)  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej ditawarkan , sila letakkan alat ' tetikus ' anda pada tulisan pakej tertentu dan KLIK ,


1. PAKEJ AKTIVITI SETEMPAT ( Bayaran murah ! )
6. PAKEJ MAKAN SELERA KAMPUNG .


PERHATIAN:

Semua tempahan pakej yang dibuat perlu disahkan/ dimuktamadkan semula kepada Penyelia Homestay JKKK melalui panggilan / SMS kepada 019.911 4470 , selewat-lewatnya (3) hari sebelum tarikh dicadangkan serta membuat wang pendahuluan seperti dipersetujui.

Kegagalan berbuat demikian, menyebabkan tempahan terbatal dengan sedirinya dan pihak Homestay JKKK tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan kemudiannya. Terima kasih.



MAKLUMAT TAMBAHAN:

1. HOMESTAY JKKK menyediakan beberapa buah rumah kampung untuk penginapan pelawat yang menyertai ' Pakej Lawatan  '  dan mereka yang datang semata-mata untuk bermalam bersama kumpulan / keluarga. Rumah-rumah tersebut berdekatan antara satu sama lain manakala penempatan pelawat lelaki  dan perempuan ditempatkan secara rumah berasingan ( Kecuali penginapan satu kelompok keluarga / mahram ).

2. Pusat perhimpunan dan taklimat lawatan , makan minum  dan aktiviti dalaman pelawat akan dilakukan di BALAIRAYA COMEL, Pekan Selasa Lama, Sungai Haji Dorani ( Tepi jalan besar - Jalan Sekinchan / Sungai Besar )

2. Semua aktiviti luaran seperti memancing / menggagau ikan , naik sampan / rakit , berbasikal, naik gerabak motor / mini traktor dan lain-lain dilakukan di PUSAT AKTIVITI HOMESTAY JKKK ( berhampiran Balairaya Comel ). Manakala aktiviti BBQ untuk pelawat berkeluarga, di rumah penginapan masing-masing.

3. HOMESTAY JKKK juga menyediakan kemudahan padang permainan kepada pelawat yang ingin mengadakan acara sukaneka serta kemudahan dewan/ pentas jika diperlukan. Kenudahan lain disediakan ialah PA sistem, alat tayang LCD dan alatan untuk BBQ.



UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PENYELIA HOMESTAY DI TALIAN O19-9114470 ( Ustaz Haji Ab.Jalil ) / whatsApp : 019-911 4470 email: kampongshd@gmail.com




' MOTO HOMESTAY JKKK'
KAMI MAHU YANG TERBAIK


Rabu, 25 Februari 2015

TEMPAT LAWATAN MENARIK 
DAERAH SABAK BERNAM



1. Kawasan Mini Estet Padi Kampong Sungai Haji Dorani.
2. Perusahaan membuat pelbagai jenis kerepek .
3. Perusahaan membuat keropok lekor .
4. Perusahaan membuat kuih tradisional dan bahulu.
5. Perusahaan / Kilang Nata De Coco dan minyak kelapa dara.
6. Perusahaan memproses kulit lembu.
7. Rumah tradisional dan ukiran.
8. Perusahaan membuat tapai.
9. Kilang padi / beras.
10. Tempat sejarah Lubok Pusing.
11. Masjid Jin.
12. Pusat Pemasaran Bio Asli ( Kosmetik dan ubatan ).
13. Pusat Pemulihan Akhlak Wanita .
14. Perusahaan minuman botol / oren.
15. Perusahan kuih muih ( frozen )
16. Institiut Latihan Dakwah Selangor ( ILDAS )
17. Mini Muzium Wak Surgi.
18. Muzium Pertanian dan Perikanan.
19. Balai cerap ( Pusat melihat anak bulan ).
20. Kawasan melihat kelip-kelip.
21. Kawasan memerhati burung enggang.
22. Pantai BNO.
23. Pasar Petang Sungai Haji Dorani ( setiap petang ).
24. Kebun mangga / mempelam , Sungai Haji Dorani ( mengikut musim )
25. Pangkalan Nelayan dan Pantai Sungai Haji Dorani


PERHATIAN: 

Untuk membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di atas sila hubungi PENYELIA HOMESTAY JKKK di talian 019-9114470 ( Ustaz Haji Ab.Jalil ) / whatsApp 019-911 4470 atau email : kampongshd@gmail.com. 

* Sebahagian dari tempat lawatan tersebut perlu kepada ' temu janji ' dengan pihak pentadbiran lebih dahulu untuk membuat lawatan.


Selasa, 9 Disember 2014


RUMAH HOMESTAY JKKK



PERHATIAN:

1. Sebarang pertanyaan berhubung dengan tempahan rumah homestay harap berhubung terus dengan talian 019-911 4470 ( Penyelia Homestay ). Jika talian sebuk, sila tinggalkan pesanan ringkas (SMS). Pertanyaan melalui ' whatsapp ' tidak digalakkan bagi menjamin pertanyaan dapat diberikan jawapan segera dan lengkap.

 2. Tempahan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dalam tempuh  ( 3 ) hari sebelum tarikh menginap ( kecuali dalam keadaan tertentu dan ada kekosongan ) serta membuat bayaran sekurang-kurangnya RM 50 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja ) sebagai pendahuluan, manakala baki bayaran dijelaskan pada hari ketibaan . Wang pendahuluan akan dikira lupus sekiranya tempahan dibatal tanpa sebab atau pembatalan dilakukan kurang dari ( 3 ) hari.

3. Waktu masuk / ketibaan seawal jam 1.00 petang dan waktu keluar rumah selewat-lewatnya jam 2.00 petang keesukan harinya (  Kecuali ada sebab-sebab tertentu ).

4. Pelawat bukan mahram / hubungan keluarga tidak dibenarkan menduduki dalam sebuah rumah homestay. Jika keadaan meragukan, pengurusan homestay berhak membuat penyiasatan dan pengesahannya.

5. Pelawat homestay dilarang membawa peralatan, makanan , melakukan perbuatan dilarang undang - undang agama atau negara. Segala akibat menyalahinya adalah tanggungjawab pelawat sendiri.


BANK UNTUK PEMBAYARAN RUMAH HOMESTAY DAN PAKEJ-PAKEJ LAIN :

Pembayaran boleh dilakukan SALAH SATU bank berikut : -

1. Akaun Bank Islam No. 12056 02 0074475 ( Nama : AB.JALIL BIN AMBOT )
2. Akaun Bank Rakyat No.22 006 317913 7 (Nama: HOMESTAY JKKK SG HAJI DORANI )

  


 *****

 No. 1- Rumah Haji Masrom:

- Lokasi : Kawasan sawah padi.( Berhampiran Masjid An Nur Sg.Haji Dorani )
- Status : Rumah kampung.
- Kedudukan : Rumah bahagian atas.
- Persediaan rumah :(4) bilik tidur. Bilik mandi dan tandas di luar rumah ( bawah ),
- Kedai makan terdekat : 200 meter.
- Pekan paling hampir : Sungai Besar 5 km 
- Pasar Petang Sungai Haji Dorani : 1 km.
- Pantai Sungai Haji Dorani : 1.25 km 
- Kawasan sawah keliling rumah.
- Kemudahan : TV , kipas angin setiap bilik tidur dan ruang tamu serta disediakan 
  tempat pembakaran /  BBQ.

Kadar sewa sehari semalam:

Sewa Hari Pertama RM 200.00
Tambahan Hari Kedua RM 190.00
Tambahan Hari Ketiga dan seterusnya : RM 180.00 


( Gambar Rumah No.1 ) 

 

( Dari Luar )


( RuangTtamu )
==================================================================


                                     
 No.2 - Rumah Pusat Homestay JKKK :

- Lokasi : Kawasan kebun kelapa .( Tepi jalan besar Sg.Besar - Sabak Bernam )
- Status : Rumah kampung.
- Rumah bahagian atas : Persediaan  :(5) bilik tidur . Bilik mandi dan tandas di dalam rumah.
- Rumah bahagian bawah : Persediaan  : (3) bilik tidur. Bilik mandi dan tandas di dalam rumah
- Kedai makan terdekat : 30 meter.
- Pekan paling hampir : Sungai Besar 5 km 
- Pasar Petang Sungai Haji Dorani : 0.5 km.
- Pantai Sungai Haji Dorani : 0.75 km
- Jauh dengan kawasan sawah: 0.5 km.
- Kemudahan : Peti sejuk, Mesin basuh , TV, kipas angin setiap bilik tidur dan ruang tamu serta disediakan tempat pembakaran / BBQ.

Kadar sewa sehari semalam ( Bahagian atas atau bahagian bawah ) :

RUMAH BAHAGIAN ATAS: 

Sewa Hari Pertama RM 200.00
Tambahan Hari Kedua RM 190.00
Tambahan Hari Ketiga dan seterusnya: RM 180.00

RUMAH BAHAGIAN BAWAH:

Sewa Hari Pertama RM 150.00
Tambahan Hari Kedua RM 140.00
Tambahan Hari Ketiga dan seterusnya: RM 130.00 

( Gambar Rumah No.2 )




 ( Dari Luar )

( Rumah Bahagian Atas )


( Ruang Tamu )


 ( Salah satu Bilik Tidur )

***

( Rumah Bahagian Bawah )




( Ruang Tamu )



( Salah Satu Bilik Tidur )


( Ruang Dapur )
                                   
====================================================================


 No.3  - Rumah Zam .
( Rumah berkembar )


- Lokasi : Kawasan kebun mangga / mempelam .( Tepi jalan besar Sg.Besar - Sabak Bernam )
- Status : Rumah batu .( Dua rumah satu bumbung - rumah berkembar )
- Kedudukan : Rumah bahagian bawah.-  
- Persediaan rumah :    Rumah (1 ) dan Rumah (2) mempunyai pintu utama berasingan .        
- Bilik air ( tandas ) dan bilik mandi juga berasingan serta berada di dalam rumah. 
- Setiap rumah mempunyai kemudahan dan peralatan yang sama di antara satu dengan lain.
  Iaitu sebuah katil kelamin dan alas tidur / bantal tambahan,  TV , kipas angin. cerek elektrik,
  setarika, penghawa dingin dan meja kerusi di beranda rumah untuk berehat
- Kedai makan terdekat : 200 meter.
- Pekan paling hampir : Sungai Besar 2.5 km 
- Pasar Petang Sungai Haji Dorani : 1.5 km.
- Pantai Sungai Haji Dorani : km.
- Jauh dengan kawasan sawah :  0.5 km


Kadar sewa sehari semalam:

Rumah (1 ) dan rumah ( 2 ) bagi setiap rumah sama bayarannya:-

Sewa Hari Pertama RM 120.00
Tambahan Hari Kedua RM 110.00
Tambahan Hari Ketiga dan seterusnya  RM 100.00

( Gambar Rumah No. 3 )


 ( Dari Luar - Rumah No.1 dan N0.2 )


( Bilik Tidur )


                           
=================================================================
             
 No. 4 - Pondok Zam


- Lokasi : Kawasan kebun mangga/ mempelam (Tepi jalan besar Sungai Besar -Sabak   Bernam   ).
- Status : Rumah kampung satu bilik
- Persediaan rumah : (1) bilik tidur - katil kelamin. Bilik mandi dan tandas di  dalam rumah.
- Kemudahan : Dapur untuk memasak lengkap alatan pinggan mangkok, cerek
  elektrik, TV dan  kipas angin
- Kedai makan terdekat : 200 meter.
- Pasar Petang Sungai Haji Dorani : 1.5 km.
- Pantai Sungai Haji Dorani : km.
- Jauh dengan kawasan sawah :  0.5 km 

Kadar sewa sehari semalam:

Sewa Hari Pertama RM 120.00
Tambahan Hari Kedua RM 110.00
Tambahan Hari Ketiga dan seterusnya RM 100.00


( Gambar Rumah No. 4 )


(  Dari Luar )


( Bilik Tidur )


( Ruang Dapur )



=================================================================

 No. 5 - Rumah Hj Omar.

- Lokasi : Kawasan kebun kelapa ( Tepi jalan besar Sungai Besar - Sabak Bernam ).
- Status : Rumah separuh batu ( kampung )
- Persediaan rumah : (3) bilik tidur ( 2 bilik berhawa dingin ). Bilik mandi dan tandas 
  di  dalam rumah.
- Kemudahan : Dapur gas untuk memasak lengkap alatan pinggan mangkok, cerek
  elektrik, TV , almari pakaian, sterika, peti sejuk , kipas angin dan alatan BBQ 
- Kedai makan terdekat : 20 meter.
- Pasar Petang Sungai Haji Dorani : 500 meter
- Pantai Sungai Haji Dorani : 1  km.
- Jauh dengan kawasan sawah : 200 meter 

Kadar sewa sehari semalam:

Sewa Hari Pertama RM 250.00
Tambahan Hari Kedua RM 240.00
Tambahan Hari Ketiga dan seterusnya RM 230.00





( Salah Satu Bilik Tidur ) 


( Ruang Tamu )
 

( Ruang makan dan dapur )


=================================================================


No.6 - Rumah Siti Sarah.


- Lokasi : Kawasan kebun kelapa ( Tepi jalan besar Sungai Besar - Sabak Bernam ).
- Status : Rumah separuh batu ( kampung )
- Persediaan rumah : (3) bilik tidur ( 2 bilik berhawa dingin ). Bilik mandi dan tandas 
  di  dalam rumah.
- Kemudahan : Dapur gas untuk memasak lengkap alatan pinggan mangkok, cerek
  elektrik, TV , almari pakaian, sterika, peti sejuk, kipas angin dan alatan BBQ.
- Kedai makan terdekat : 20 meter.
- Pasar Petang Sungai Haji Dorani : .500 meter,
- Pantai Sungai Haji Dorani : 1  km.
- Jauh dengan kawasan sawah : 200 meter 

Kadar sewa sehari semalam:

Sewa Hari Pertama RM 250.00
Tambahan Hari Kedua RM 240.00
Tambahan Hari Ketiga dan seterusnya RM 230.00





( Salah Satu Bilik Tidur ) 


( Ruang Tamu ) 


( Ruang Makan dan Dapur )


=================================================================

No. 7 - Pondok Muiz.


- Lokasi : Kawasan kebun mangga/ mempelam (Tepi jalan besar Sungai Besar -  
  Sabak  Bernam ).
- Status : Rumah kampung satu bilik
- Persediaan rumah : (1) bilik tidur - katil kelamin. Bilik mandi dan tandas di  dalam rumah.
- Kemudahan : Dapur untuk memasak lengkap alatan pinggan mangkok, cerek
  elektrik dan  kipas angin
- Kedai makan terdekat : 200 meter.
- Pasar Petang Sungai Haji Dorani : 1.5 km.
- Pantai Sungai Haji Dorani : km.
- Jauh dengan kawasan sawah :  0.5 km 

Kadar sewa sehari semalam:

Sewa Hari Pertama RM 120.00
Tambahan Hari Kedua RM 110.00
Tambahan Hari Ketiga dan seterusnya RM 100.00


( Gambar Rumah No. 7 )



(  Dari Luar )


( Bilik Tidur )

================================================================= 


No. 8 - Rumah Haji Mokhtar


- Lokasi : Kawasan kebun kelapa ( Tepi jalan besar Sungai Besar - Sabak Bernam ).
- Status : Rumah batu 
- Persediaan rumah : (3) bilik tidur ( 2 bilik berhawa dingin ). Bilik mandi dan tandas 
  di  dalam rumah.
- Kemudahan : Dapur untuk memasak lengkap alatan pinggan mangkok, peti sejuk,  TV Astro, sterika, 
  kipas angin dan alatan BBQ.
- Kedai makan terdekat : 0.5 kilometer.
- Pasar Petang Sungai Haji Dorani : 0.5 km.
- Pantai Sungai Haji Dorani : 1.5  km.
- Jauh dengan kawasan sawah :  0.5 km 

Kadar sewa sehari semalam:

Sewa Hari Pertama RM 250.00
Tambahan Hari Kedua RM 240.00
Tambahan Hari Ketiga dan seterusnya RM 230.00

( Gambar Rumah No. 8 ) 




 ( Dari Luar ) 
 

 ( Bilik Tidur )
 

( Ruang Tamu )



 ( Ruang Makan dan Dapur )


=================================================================


No. 9 - Rumah Fairoz
( Rumah berkembar )


- Lokasi : Kawasan sawah padi ( 1 km dari  jalan besar Sungai Besar - Sabak Bernam ).
- Status : Rumah batu ( kampung ) - Dua rumah satu bumbung - Berkembar.

Rumah . 1
- Persediaan rumah : (1) bilik tidur - ruang tamu  berhawa dingin . Bilik mandi dan tandas 
  di  dalam rumah.
- Kemudahan : Dapur untuk memasak lengkap alatan pinggan mangkok, cerek
  elektrik, TV Astro , sterika, kipas angin bilik tidur , lapik tidur ( Toto ) dan bantal tambahan 
  serta alat pembakaran BBQ.

Rumah. 2

- Persediaan rumah : ( 2 bilik tidur - ruang tamu berhawa dingin ). Bilik mandi dan tandas 
  di  dalam rumah. 
- Kemudahan : Dapur untuk memasak lengkap alatan pinggan mangkok, cerek
  elektrik, TV Astro , sterika, kipas angin bilik tidur , lapik tidur ( Toto ) dan bantal
  tambahan serta  alat pembakaran BBQ. 

 
- Kedai barang terdekat : 10 meter.
- kedai makan terdekat: 1.5 kilometer
- Pasar Petang Sungai Haji Dorani : 2.75 km.
- Pantai Sungai Haji Dorani : 2.75  km.
- Kawasan sawah berada di sekeliling rumah. 

Kadar sewa sehari semalam:

Rumah NO.1 :
Sewa Hari Pertama RM 120.00
Tambahan Hari Kedua RM 110.00
Tambahan Hari Ketiga dan seterusnya RM 100.00

RUMAH NO.2 :
Sewa Hari Pertama RM 130.00
Tambahan Hari Kedua RM 120.00
Tambahan Hari Ketiga dan seterusnya RM 110.00


( Gambar Rumah No. 9 )





 ( Ruang Tamu Rumah No.1



( Ruang Dapur Rumah No.1)

* Gambar Rumah N0.2 sedang dikemaskini

===========================================
 
No. 10 - Bilik Lia dan Bilik Min


- Lokasi : Kawasan kebun kelapa (Tepi jalan besar Sungai Besar - Sabak Bernam ).
- Status : Bilik rumah kampung .
- Persediaan  : (2) bilik tidur ( Satu bilik muatan 2 orang ) . Bilik mandi dan tandas 
  di  dalam bilik.
- Kemudahan : Sterika disediakan atas permintaan, almari pakaian , kipas angin dan
  meja / kerusi tulis.
- Kedai makan terdekat : 30 meter.
- Pasar Petang Sungai Haji Dorani : 0.5 km.
- Pantai Sungai Haji Dorani : 1 km.
- Jauh dengan kawasan sawah :  0.5 km 

Kadar sewa sehari semalam:

Sewa Hari Pertama RM 50.00 ( Setiap bilik )
Tambahan Hari Kedua dan seterusnya: RM 40.00





 ( Foto Dari Luar Bilik Lia )

 ( Bilik Tidur )




 ( Foto Dari Luar Bilik Min )


( Bilik Tidur )