5. PAKEJ KAJIAN AKADEMIK
LATAR BELAKANG PAKEJ:
PAKEJ KAJIAN AKADEMIK adalah
pakej yang memberi kemudahan kepada penuntut Kolej / IPT untuk membuat
kajian beberapa perkara berkaitan dengan Kampong Sungai Haji Dorani.
Seperti kajian berhubung kebudayaan suku kaum Banjar, Jawa atau Kampar
dan juga kajian tentang ekonomi penduduk , Industri Kecil Sederhana
(IKS) dan homestay.
KEMUDAHAN PENGINAPAN:
Penuntut
yang memerlukan rumah penginapan semasa membuat kajiannya boleh menyewa
homestay disediakan dengan kadar bayaran tertentu. Walaupun begitu,
perkhidmatan makan minum tidak disediakan, tetapi kedai-kedai makan ada
berhampiran dengan rumah penginapan tersebut.
BAYARAN PAKEJ:
- Bayaran RM 50,00 satu kumpulan (5) orang.
- Kumpulan melebihi (5) orang dikenakan tambahan RM 5.00 setiap seorang peserta.
PERTANYAAN:
Sebarang
pertanyaan dan tempahan tarikh membuat kajian sila hubungi Penyelia
Homestay JKKK di talian 019-911 4470 ( Haji Ab.Jalil ) atau setiausaha
di talian 011-2150 9958 ( Shahrul )
MAKLUMAT TAMBAHAN:
1. HOMESTAY JKKK menyediakan banyak rumah kampung dan rumah batu untuk penginapan pelawat yang datang bermalam bersama keluarga atau melalui pakej lawatan. Rumah-rumah tersebut ada yang berdekatan antara satu sama lain ( rumah kumpulan ) dan ada yang berasingan. Penempatan pelawat lelaki dan perempuan dilakukan secara berasingan bagi pelawat pakej lawatan ( Kecuali penginapan keluarga / mahram ).
2. Pusat berhimpun / taklimat lawatan / makan / minum dan aktiviti dalaman pelawat akan berpusat di BALAI TAKLIMAT HOMESTAY JKKK, Sungai Haji Dorani . Manakala aktiviti luaran sepertti BBQ untuk pelawat berkeluarga, di rumah penginapan masing-masing.
3. HOMESTAY JKKK juga menyediakan kemudahan padang permainan kepada pelawat yang ingin mengadakan acara sukaneka serta kemudahan dewan/ pentas jika diperlukan. Kemudahan lain turut disediakan ialah PA sistem, alat tayang LCD ( Akan dikenakan sedikit bayaran kerana penggunaannya )
UNTUK
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :-
1. PENYELIA di talian O19-9114470 ( Haji Ab.Jalil ) / atau SETIAUSAHA di talain 011- 2150 9958 ( Shahrul )
2. Email: kampongshd@gmail.com.
Dikemaskini : 02/ 12/ 2019
1. PENYELIA di talian O19-9114470 ( Haji Ab.Jalil ) / atau SETIAUSAHA di talain 011- 2150 9958 ( Shahrul )
2. Email: kampongshd@gmail.com.
Dikemaskini : 02/ 12/ 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan